Anda di sini

28 peserta berentap pada Boling BKG Borneo 2015

Advertisement

SIBU: Seramai 28 peserta menyertai Pertandingan 10 Pin Boling BKG Borneo 2015 di Sibu Superbowl minggu lalu.

Pertandingan dibahagikan kepada kategori lelaki dan wanita dianjurkan bersama oleh BKG Borneo dan Klang Kluz Bowlers.

Kategori lelaki dimenangi Mohd Razi yang membawa pulang wang tunai RM500 dan piala.

Tempat kedua menawarkan hadiah wang tunai RM300 dan piala dimenangi Ahmad Narudin.

Wan Suandi pula mendapat tempat ketiga serta menerima wang tunai RM200 serta piala.

Kategori wanita dimenangi Suraya, diikuti Norasyikiin dan Hayati.

Masing-masing menerima wang tunai RM300, RM200 dan RM150 serta piala.

Hadiah pemenang disampaikan oleh Pengurus Klang Kluz Bowlers, Osman Yusof.

Advertisement