Anda di sini

tHe Spring’s Live Active Run 2015 catat nostalgia manis

Advertisement
 Para peserta 10km larian korporat (lelaki dan wanita) menunggu giliran untuk dilepaskan.

BERSEDIA: Para peserta 10km larian korporat (lelaki dan wanita) menunggu giliran untuk dilepaskan.

KUCHING: Pusat beli-belah tHe Spring’s Live Active Run 2015 sekali lagi mencatatkan nostalgia manis buat para pesertanya semalam.

Ramai warga kota membanjiri ruang legar pusat beli-belah itu seawal jam 4.30 pagi menyaksikan Pengarah Urusan PE Land, James Ling dan Pengurus Besar The Spring Management Services Sdn Bhd, Christine Ling hadir sama.

Turut sama Pengarah Pemasaran dan Pajakan The Spring Management Services Sdn Bhd, Andy Song serta Ketua Pegawai Eksekutif Mitsubishi Motors Malaysia, Won-Chul Yang.

Kategori tajaan untuk 21km (lelaki dan wanita) dan 10km larian korporat dilepaskan oleh Won-Chul menyaksikan Mohd Anwar (mewakili The Men’s Shop) menggondol tempat pertama disusuli Mohd Khairul (tempat kedua) dan Mohammad Syazwan di tempat ketiga.

Kategori sama bagi wanita dimenangi Lisa Ling (PE Land), Tan Lay Phin (Sarawak Energy Berhad) dan Ling Huey (the Spring Management Services Sdn Bhd).

Pengarah Phoenix Gym, Daniel Ling menaja dan melepaskan peserta 10km (lelaki dan wanita) dan Reuben Kimutai Kosgei mendapat tempat pertama, kedua Mohd Feldarus Abdul Rahman dan ketiga, Syed Abdul Hafiz Wan Kassim.

Bagi wanita, tempat pertama jatuh kepada Viola Jepchirchir Kimeli, kedua Ling Mee Eng dan tempat ketiga, Michelle Zhang.

Sementara itu, wakil BBS Adrian Wong Borneo Bodybuilding Supplements (BBS) melepaskan peserta kategori tajaan 5km larian bebas.

Potich Zablon Kipngetich menang tempat pertama, dituruti Thomas Maritim dan Mburu John Muiruri dan Cheptoeck Careen untuk kategori wanita dengan catatan masa sejam 17 minit dan 12 saat.

Tempat kedua Tabitha Wambui Wachira dengan catatan masa sejam 22 minit dan 12 saat dan tempat ketiga Warutumo Cecilia Wangui dengan masa sejam 32 minit dan 55 saat.

Acara itu dianjurkan dengan kerjasama Official Hydration, Revive Isotonic, MY FM dan hitz fm, Canon, Apparel Coneli bersama TEEM Event & Exhibition Management dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dan banyak lagi.

 

Advertisement