Anda di sini

PSMZA lancar Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Sabah

Advertisement

DUNGUN: Prihatin dengan nasib yang menimpa mangsa gempa bumi di Sabah, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) semalam melancarkan Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Sabah untuk sumbangan orang ramai menerusi kutipan derma.

Pengarah PSMZA, Mohd Pauzi Ibrahim berkata tabung yang dikendalikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) politeknik itu bertujuan membantu meringankan beban yang ditanggung masyarakat di Sabah.

“Insya-Allah, kita akan mengutip sumbangan daripada pelajar dan orang ramai untuk membantu mangsa gempa bumi di Sabah…sekurang-kurangnya sumbangan ini akan dapat meringankan beban yang ditanggung mereka.

“Bila kutipannya memuaskan, kita akan salurkan ke mana-mana saluran yang tepat untuk pengagihan sumbangan ini,” katanya selepas melancarkan tabung itu di sini semalam.

Mohd Pauzi berkata, orang ramai yang berminat untuk menderma juga boleh ke PSMZA atau menghubungi pihak MPP politeknik berkenaan. — Bernama

Advertisement