Anda di sini

‘The Kuching Bike Hash’ bakal jadi acara utama

Advertisement

KUCHING: Acara ‘The Kuching Bike Hash (TKBH)’ bakal menjadi acara utama dalam Inter Bike Hash 3 (IBH3) Borneo Rainforest 2015 di sini Julai ini.

Acara TKBH itu merupakan aktiviti cabang salah sebuah kelab larian terkenal iaitu ‘Hash House Harriers’.

Dianggarkan kira-kira 50 Kelab Bike Hash seluruh negara termasuk beberapa bandar besar di Asia merangkumi Kuala Lumpur, Singapura, Bangkok, Australia, New Zealand, United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (USA) dan Kanada.

IBH merupakan landasan terbaik mengumpul pengkayuh basikal bukit antarabangsa dan dua acara sama diadakan sebelum ini iaitu IBH1 dan IBH2, kedua-keduanya diadakan di Thailand, Bangkok (Bangkok Hash House Bikers).

Bagi penganjuran tahun ketiga, IBH3 diadakan selama tiga hari (hujung minggu) bermula 10 hingga 12 Julai depan.

Aktiviti bermula pada Jumaat selain diikuti acara kayuhan berbasikal bermula Sabtu dan berakhir pada Ahad.

Bagi acara kayuhan utama dan sambutan makan malam diadakan di Borneo Tribal Village di Kampung Apar dan peserta kayuhan mengayuh menerusi laluan persekitaran sejauh lingkungan 12 hingga 28 kilometer.

Berdasarkan penyertaan menerusi penganjuran dua IBH sebelum ini, penganjur menjangkakan penyertaan sehingga 200 pengkayuh antarabangsa dan tempatan.

Penganjur tahun ini ialah kelab berbasikal, ‘Kuching Bike Hash Club’ (KBH) yang ditubuh sejak 2003 dan merupakan kelab berbasikal bukit tidak berkeuntungan.

KBH teruja kerana diberi peluang menganjur aktiviti seumpama ini sekali gus mempromosi Sarawak dan hutan hujannya kepada pengunjung antarabangsa khusus buat penggemar sukan berbasikal.

IBH3 ditaja dan disokong sepenuhnya oleh kerajaan negeri, Biro Konvensyen Sarawak, Borneo Tribal Village dan GIANT Bicycles Kuching.

Untuk meklumat lanjut mengenai acara ini boleh menghubungi Ahli Jawatankuasa Komunikasi IBH3, Chua Juan Chuan (012-8979068) atau emel ke [email protected].

Anda juga boleh mengetahui lanjut menerusi laman sesawang KBH di alamat: www. kbh.doturf.com atau layari Facebook mereka di ‘Interbike Hash 3’.

Advertisement