Anda di sini

Siapakah bakal bergelar sang juara?

Advertisement

Landas Mukah dan Press Metal Sarawak bertemu pada aksi final Piala MuFA-LSC 2015 petang ini

Oleh Bryan Bell //

MUKAH: Liga MuFA Lea Sports Centre (LSC) 2015 bakal menuju kemuncaknya apabila dua pasukan handalan, Landas Mukah dan Press Metal Sarawak (PMS) bertemu pada perlawanan akhir di Padang Mesra Mukah, petang ini (14 Jun).

Kedua-dua pasukan mempunyai kelebihan dengan menurunkan kesemua pemain bebas daripada kecederaan.

Terpulang dengan kebijaksanaan pengurus dan jurulatih kedua-dua pasukan itu menentukan pasukan mana bakal menjulang Piala MuFALSC 2015 pada perlawanan akhir nanti.

Pasukan Landas Mukah mempunyai kelebihan sedikit apabila pernah mengalahkan PMS pada perlawanan akhir kejohanan yang sama tahun lalu.

Manakala bagi PMS, jika mereka memenangi perlawanan akhir hari ini keputusan itu dianggap sebagai misi membalas dendam ke atas Landas Mukah.

Pengurus Landas Mukah, Taha Petrus memberitahu pretasi anak-anak buahnya di tahap kemuncak untuk menyudahkan saingan kali ini dengan kemenangan bergelar juara.

Katanya, mereka pastikan bahawa Piala Liga MuFALSC masih kekal bersama pasukannya kali ini.

“Justeru itu, semua pemain mempunyai pengalaman luas dalam merealisasikan misi mereka menjulang semula piala itu.

“Kami sememangnya berusaha bersungguh-sungguh untuk mencipta kemenangan pada perlawanan akhir nanti,” katanya di sini semalam.

Sementara itu, Pengurus PMS Jeremy Loy berkata kemenangan petang ini menunjukkan usaha bersungguh- sungguh mereka untuk merebut kejuaraan di tangan Landas Mukah.

Katanya, PMS tidak mudah mengaku kalah sehingga wisel tamat permainan.

“Barisan pemain kami masih bersandarkan misi untuk bermain dengan semangat kesukanan tinggi. Namun, dalam perjuangan memastikan pasukan muncul juara dan menang mereka perlu meningkatkan usaha.

“Dengan menurunkan semua pemain bebas daripada kecederaan kami yakin mampu mencapai impian bergelar juara pada perlawanan akhir nanti,” katanya.

Semalam berlangsung majlis penyerahan piala pusingan, iringan dan medal tajaan Lea Sports Centre disempurnakan Pesiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Mukah, ASP (B) Jamil Othman.

Juara Liga MuFA-LSC 2015 bakal membawa hadiah wang tunai sejumlah RM5,000, piala pusingan, piala iringan dan medal.

Naib Juara menerima hadiah RM3,000, piala dan medal manakala Tellian TujuNokala dan La’an United yang masing- masing menduduki tempat ketiga bersama membawa pulang hadiah wang tunai RM1,400 setiap pasukan, piala dan medal.

Pemain terbaik perlawanan akhir dan penjaring terbanyak masing-masing bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100 dan medal, manakala pasukan terbaik (Fair Play) juga mendapat habuan wang tunai RM200 dan piala.

Setiausaha Politik Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng, Abu Seman Jahwie dijangka menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Advertisement