Anda di sini

135 kakitangan berentap Karnival Sukan Penjara

Advertisement

SIBU: Karnival Sukan Penjara Negeri Sarawak 2015 diadakan di sini dari 12 Jun hingga 14 Jun.

Timbalan Pegawai Penguasa Penjara Pusat Sibu, Triyo Kurniawan Kusmadi berkata karnival itu disertai seramai 135 orang kakitangan penjara terdiri dari Ibu Pejabat Penjara Negeri Sarawak, Sri Aman, Miri, Limbang, Puncak Borneo, Sibu (Pasukan A dan Pasukan B), Parol Negeri Sarawak dan Pusat Koreksional Bintulu.

“Karnival ini diadakan setiap tahun untuk mengeratkan silaturahim kalangan kakitangan penjara di negeri ini.

“Selain itu, ia juga mempromosikan gaya hidup sihat kalangan kakitangan,” katanya di sini semalam.

Terdahulu, Pengarah Penjara Negeri Sarawak Abdul Kadir Rais merasmikan sepak mula pertandingan futsal di Stadium Tertutup Bukit Lima di sini.

Selain futsal, pada hari pertama karnival turut diadakan pertandingan boling di Sibu Superbowl dan pertandingan pingpong di Stadium Ping Pong, Jalan Merdeka di sini.

“Pada malam esok (malam ini) Abdul Kadir akan menyempurnakan majlis penutupan karnival ini.

“Sempena penutupan itu, turut diadakan Majlis Ngiling Bidai Penjara Zon Sarawak di gelanggang futsal Penjara Pusat Sibu bermula jam 7.30 malam,” katanya.

Advertisement