Anda di sini

Pendaftaran untuk pertandingan ‘Conquer the Court’ masih dibuka

Advertisement

KUCHING: Pendaftaran untuk menyertai pertandingan ‘Conquer the Court’ masih dibuka kepada manamana peminat sukan skuasy di sini.

Pertandingan anjuran SuperSquashers dan Persatuan Skuasy Kuching (SAK) itu akan diadakan pada 13 Jun ini bertempat di Sarawak Club dari 9 pagi hingga 5 petang.

Penganjur berkata pertandingan yang dijangka menarik dan mencabar itu bertujuan mendedahkan kepada orang awam mengenai skuasy dan sejarah sukan itu.

“Perbezaan pertandingan ini adalah peserta akan bermain mengikut format ‘King of the Court’ namun ia tidak berdasarkan kiraan mata 11.

“Sebaliknya, ia akan menggunakan muzik dengan pemenang akan ditentukan mengikut kiraan siapa yang mendahului sebaik muzik itu tamat,” ujar pengasas SuperSquashers Andre Kho semalam.

Beliau turut melahirkan harapan program tersebut dapat mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk berkecimpung dalam sukan tersebut.

“Dengan penyertaan yang ramai, kita berharap kerajaan negeri mahupun badan korporat tampil untuk bekerjasama dengan kita dan membina lebih banyak fasiliti skuasy pada masa akan datang khususnya sebagai persediaan Sarawak untuk menghadapi SUKMA XVIII tahun depan,” tambahnya.

Sebelumnya, Presiden SAK Sim Chin Kheng juga berharap pertandingan ini dapat membantu melahirkan lebih ramai bakatbakat baharu dalam sukan skuasy.

“Kita berhasrat untuk mencungkil seberapa banyak bakat baharu untuk digilap sebagai juara di peringkat negeri mahupun kebangsaan di masa akan datang,” ujar Sim.

Pelbagai hadiah menarik bakal menanti para pemenang dan untuk mengetahui lebih lanjut, layari www.facebook.com/SuperSquashers.

Advertisement