Anda di sini

Kerajaan belanja RM312.27 juta tangani penyalahgunaan dadah: Wan Junaidi

Advertisement

KUALA LUMPUR: Kerajaan membelanjakan sebanyak RM312.27 juta tahun lepas bagi usaha menangani masalah penyalahgunaan dadah di negara ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata perbelanjaan itu merangkumi program untuk pengurusan, pembangunan, bidang utama keberhasilan negara (NKRA) dan program khusus yang berkaitan dengan pencegahan, rawatan, pemulihan dan penguatkuasaan.

“Perbelanjaan juga termasuk belanja pengurusan sebanyak RM295 juta di bawah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK),” katanya ketika menjawab soalan Wan Hassan Mohd Ramli (PAS-Dungun) pada persidangan Dewan Rakyat semalam.

Wan Hassan mahu tahu langkah yang diambil terhadap penyalahgunaan dadah dan jumlah perbelanjaan yang dikeluarkan bagi menangani musuh negara itu sepanjang tahun lepas.

Dr Wan Junaidi berkata selain langkah pencegahan sedia ada, kerajaan di bawah Majlis Sosial Negara telah me-nubuhkan satu jawatankuasa bagi melihat keperluan membantu mana-mana agensi atau gerakan kesukarelaan yang boleh membantu kerajaan menangani masalah dadah.

“Ia sebagai usaha menggerakkan gelombang kesuka-relaan dalam masyarakat bagi memastikan seluruh masyarakat sedar dan bertindak untuk membanteras penyalahgunaan dadah,” katanya. — Bernama

Advertisement