Anda di sini

KPDNKK tambah empat kategori alat timbang sukat

Advertisement

Wujud perdagangan adil seiring perkembangan dunia

 Kakitangan KPDNKK mencuba alat penimbang lama yang pernah digunakan pada zaman 60-an semasa sambutan Hari Metrologi Sedunia 2015 semalam. — Gambar Bernama

ANTIK: Kakitangan KPDNKK mencuba alat penimbang lama yang pernah digunakan pada zaman 60-an semasa sambutan Hari Metrologi Sedunia 2015 semalam. — Gambar Bernama

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan memasuk-kan empat lagi kategori alat timbangan yang wajib dibuat penentusahan iaitu tolok tekanan tayar, alat mengukur kelembapan padi, mesin penggredan telur dan mesin pembungkusan kilang.

Menteri berkenaan Datuk Seri Hasan Malek berkata ia bagi memastikan kepentingan pengguna terpelihara dan mewujudkan perdagangan adil selain seiring dengan perkembangan di peringkat antarabangsa.

Beliau berkata kementerian sedang menyiapkan aspek per-undangan berhubung perkara itu sebelum dikemukakan kepada Kabinet dan dijangka dapat dilaksanakan pada 1 Jan 2016.

“Telur ada gred A, B, C dan D, kalau dicampur pun kita tak tahu sebab saiz hampir sama kerana tiada alat penentusahan. Ukuran tekanan angin kenderaan juga penting untuk disahkan kerana kemalangan juga berpunca daripada tekanan tayar yang tidak betul.

“Padi pula diukur ikut ke-lembapan dan kita mahu pasti-kan alat yang digunakan oleh pemborong itu betul dan petani tidak tertipu. Untuk barangan yang dibungkus di kilang pula, kita mahu pastikan berat yang ditulis pada bungkusan adalah sama dengan isi kandungannya,” katanya.

Hasan bercakap kepada pemberita selepas melancarkan sambutan Hari Metrologi Sedunia 2015 yang memperingati ‘Metre Convention’ atau ‘Treaty of The Metre’ pada 20 Mei 1875 yang bertujuan me-mastikan keseragaman standard sukatan di seluruh dunia.

Katanya setakat ini terdapat 17 kategori alat timbang dan sukat yang tertakluk kepada proses penentusahan antara-nya timbang neraca spring, alat sukat linar, alat timbang elektronik, alat timbang emas, meter letak kereta, pam minyak, jambatan timbang dan lori tangki.

Pada majlis itu beliau turut melancarkan sistem e-timbang sukat yang akan digunakan oleh pihak pembaiki untuk memasukkan data transaksi penjualan dan pembaikan alat timbang serta sukat termasuk nombor siri dan nombor sijil penentu-sahan yang dikeluarkan oleh Metrology Corporation (M) Sdn Bhd.

Selain itu, semua 450,000 alat timbang dan sukat di pasaran akan turut diberikan pelekat keselamatan yang mempunyai Kod QR mulai 1 Okt ini untuk mengelakkan penipuan oleh peniaga.

“Sebelum ini setiap alat diperiksa sekali setahun secara manual dan pelekat ditulis oleh pembaiki. Melalui sistem dan pelekat baharu ini penguat kuasa boleh memasti-kan alat yang digunakan oleh peniaga telah disahkan secara dalam talian,” katanya.

Sementara itu, katanya, sejak Januari hingga Mei tahun ini sebanyak 1,741 kes dengan nilai rampasan seba-nyak RM425,456 dicatatkan di bawah Akta Timbang Sukat kerana disyaki menggunakan alat tidak sah. — Bernama

Advertisement