Anda di sini

Sarawak pertahan gelaran

Advertisement

Oleh Hamimi Kassim//

 Wee (lima kanan) bersama kontinjen Sarawak meraikan kejayaan mereka mengekalkan juara buat kali kedua berturut-turut.

KAMI JUARA: Wee (lima kanan) bersama kontinjen Sarawak meraikan kejayaan mereka mengekalkan juara buat kali kedua berturut-turut.

Juara keseluruhan buat kali kedua berturut-turut Kejohanan Bina Badan Mr Malaysia

KUCHING: Sarawak melalui Persatuan Bina Badan Sarawak (SBBA) berjaya mempertahankan gelarannya untuk tahun kedua berturut-turut sebagai juara keseluruhan pada Kejohanan Bina Badan Mr Malaysia Ke-46 tahun ini.

Berlangsung di Labuan pada 5 hingga 8 Jun lalu, Sarawak ber jaya mengalahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Selangor masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Selain muncul juara keseluruhan, Sarawak turut dianugerahkan ‘Champion of Champions’ menerusi peserta ‘welterweight’ yang dimenangi muka baharu dalam arena bina badan, Awang Mohd Azizul.

Sementara itu, kategori ‘lightweight’ turut menyaksikan peserta dari Sarawak iaitu Dr Malvern Abdullah merangkul pingat emas.

Ketibaan kontinjen bina badan Sarawak disambut dengan perasaan bangga, gembira dan terharu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) malam kelmarin.

Turut tiba bersama kontinjen Sarawak ialah Pengurus Pasukan Andy Ismail, Jurulatih George Awi dan juri Kapitan Desmon Thien.

Hadir menyambut ketibaan kontinjen tersebut Presiden SBBA yang juga Naib Presiden Malaysia Bodybuilding Federation (MBBF), Datuk Wee Hong Seng.

“Walaupun gembira menjuarai Mr Malaysia 2015 untuk kali kedua tahun ini, kami turut mengambil ‘moment of silence’ bagi menghormati mangsa gempa bumi di Sabah dan berdoa untuk mangsa dan keluarga yang terlibat dalam bencana itu dengan rasa sedih serta takziah,” katanya ditemui di LTAK malam kelmarin.

Mengulas mengenai Mr Malaysia 2015, SBBA menghantar 10 ahli bina badan iaitu masingmasing enam dari Kuching, tiga dari Sibu dan seorang dari Miri.

Menurut Wee, selepas prapenjurian pada hari pertama tujuh daripadanya berjaya memasuki acara akhir.

“Daripada sepuluh peserta dari negeri ini, SBBA menghantar enam muka baharu untuk Mr Malaysia 2015 dan pertama kali menghantar kategori junior.

“Tahniah kepada skuad Sarawak kerana berjaya membawa pulang kejuaraan sekali lagi,” jelasnya mereka telah menunjukkan persembahan cemerlang dan layak menerima kejuaraan tersebut.

Dalam perkembangan lain, Wee berkata kejuaraan itu sekali gus memberi suntikan semangat dan cabaran kepada Sarawak menjadi tuan rumah Mr Malaysia ke- 47 di Sibu pada 20 hingga 24 Mei tahun depan (2016).

Sementara itu, Sarawak turut mendapat tempat pertama bagi kategori ‘welterweight’ (70-75kg) melalui Awang Mohd Azizul.

Bagi acara lain, Jacob Jinggut mendapat tempat kelima (kategori remaja 70kg), Wilfred Harding Jiee tempat keempat (bantam weight 60-65kg), Azri Asmat Sefri tempat kedua (flyweight 50- 60kg), Maskabi Kabar tempat ketiga (lightweight 65- 70kg) dan Aisa Rosli (light middleweight 75-80kg).

Bagi Azizul dan Malvern, mereka meluahkan perasaan gembira dengan kejuaraan bagi kategori masing-masing dan berharap meneruskan kejayaan itu pada masa akan datang.

“Kami berharap dapat mengekalkan kedudukan terbaik ini.

Semuanya atas sokongan dan dorongan keluarga dan jurulatih selama ini,” katanya.

Ditanya mengenai persiapan menjelang kejohanan akan datang, Azizul dan Melvern memberitahu masing- masing akan bersiap sedia bersama peserta lain menghadapi saingan pada kejohanan akan datang.

Turut hadir menyambut ketibaan kontinjen Sarawak ialah ahli-ahli keluarga, sahabat handai serta penaja, Kuching Supplement.

 

Advertisement