Anda di sini

Azmin gesa PAS dan DAP ketepi kepentingan peribadi

Advertisement

SHAH ALAM: Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali menggesa pimpinan PAS dan DAP supaya mengetepikan ego dan ke-pentingan peribadi dalam menyelesaikan kemelut yang berlaku antara kedua-dua parti itu demi kepentingan rakyat.

Beliau berkata sebagai wakil rakyat yang dipilih melalui proses pilihan raya, perpecahan dalam kalangan parti sekutu dalam pakatan pembangkang akan menjadi satu pengkhianatan kepada rakyat.

“Bila kita dipilih oleh rakyat, kita ada tanggungjawab kepada mereka (rakyat). Jangan disebabkan kepen-tingan peribadi kita rosakkan pakatan pembangkang dan ia akan hancurkan aspirasi rakyat.

“Jadi saya harap kita ke-tepikan semua masalah peri-badi dan duduk berbincang, letakkan gagasan utama pakatan pembangkang sebagai agenda untuk diteruskan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan-Jabatan Kerajaan Ne-geri Selangor dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014 di sini semalam.

Muktamar Tahunan PAS ke-61 pada Sabtu lepas meluluskan usul yang dibawa Dewan Ulama PAS pusat tanpa dibahas bagi memutuskan hubungan dengan DAP susulan beberapa kenyataan pimpinan parti itu terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang terutama dalam isu hudud.

Bagaimanapun usul ber-kenaan mahu PAS mengekal-kan tahaluf siyasi atau kerja-sama politik dalam pakatan pembangkang bersama PKR.

Mengulas lanjut, Mohamed Azmin meminta semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung usul berkenaan yang masih belum dimuktamadkan.

“Usul itu akan dibawa ke peringkat perbincangan jadi jangan kita buat sebarang spekulasi. Saya kira sebelum ini pun kita telah melalui ba-nyak ujian tetapi kita mampu selesaikan,” katanya.

Mengenai kenyataan Setia-usaha Agung DAP Lim Guan Eng yang menolak pemba-bitan mana-mana pihak untuk menjadi orang tengah dalam menyelesaikan konflik parti itu dengan PAS, Mohamed Azmin berkata itu adalah pandangan peribadi Lim.

Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor dalam pada itu menegaskan bahawa kemelut antara DAP dan PAS itu tidak menjejaskan pentadbiran kerajaan negeri di bawah pimpinannya. — Bernama

 

Advertisement