Anda di sini

Gempa 5.9 goncang Ranau

Advertisement

 Panorama Gunung Kinabalu di kakinya merupakan pusat gempa.

‘BERSUARA’: Panorama Gunung Kinabalu di kakinya merupakan pusat gempa.

KOTA KINABALU: Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.9 pada skala Richter berlaku di Ranau, Sabah pada jam 7.15 pagi semalam.

Pusat Gempa Bumi dan Tsunami Nasional dalam kenyataan berkata gegaran dirasai di kebanyakan tempat di Sabah termasuk Ranau, Tambun, Pedalaman, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud.

Pusat gempa tersebut terletak 16km ke barat laut Ranau.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata setakat ini tiada kematian dilaporkan kecuali tiga

mangsa cedera ringan, termasuk pelancong wanita dari Turki.

Mereka yang cedera itu adalah antara 35 pendaki Gunung Kinabalu yang dibawa turun dalam kumpulan pertama selepas kejadian gempa bumi itu, katanya.

Menurutnya lagi, setakat ini banyak laporan yang diterima adalah mengenai kerosakan harta benda awam dan persendirian seperti keretakan jalan dan lantai bangunan, serta cermin dan tingkap yang pecah.

Susulan kejadian itu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada, dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Alam Negeri Sabah telah diaktifkan untuk memantau serta membantu mereka yang memerlukan termasuk yang terkandas di Gunung Kinabalu.

 

Advertisement