Anda di sini

Bayaran BR1M ditangguh di BSN Ranau, Tamparuli dan cawangan utama Sabah

 Pintu cermin di sebuah bank di Ranau pecah akibat gempa bumi di Sabah, semalam. — Gambar Bernama

GEMPA BUMI: Pintu cermin di sebuah bank di Ranau pecah akibat gempa bumi di Sabah, semalam. — Gambar Bernama

KUALA LUMPUR: Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) menerusi Bank Simpanan Nasional (BSN) di cawangan Ranau, Tamparuli dan cawangan utama di Sabah ditangguh sementara waktu berikutan gempa bumi pagi semalam.

Menurut kenyataan BSN semalam, kedua-dua cawangan serta cawangan utama negeri itu ditutup hari ini, dan pembukaan semula akan dimaklumkan kelak.

“Tiada operasi perbankan di cawangan tersebut dan buat masa ini, ejen-ejen bank (EB-BSN) di kawasan sekitar tidak terjejas.

“Transaksi perbankan seperti pengeluaran, simpanan pembayaran bil utiliti dan pembukaan akaun boleh dijalankan melalui EB (elektronik banking) BSN yang terdekat,” menurut kenyataan itu.

Pelanggan juga boleh terus melakukan urusan perbankan secara atas talian menerusi www.mybsn.com.my.

BSN juga sedang memantau dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan kesemua 31 cawangan bank di Sabah berada dalam keadaan selamat. — Bernama