Anda di sini

20 ahli Kelab Rekreasi Serumpun Mukah adakan lawatan ke Miri

Advertisement

MUKAH: Seramai 20 ahli Kelab Rekreasi Serumpun Mukah 1 Malaysia akan membuat persembahan di Miri pada 6 Jun ini (Sabtu).

Menurut Pengerusi kelab Tan Chin Lee, rombongan kelab ke Miri mengadakan lawatan persahabatan turut membuat persembahan bersama kumpulan tarian SUPP Miri cawangan Piasau.

“Lawatan bertujuan mengumpul ahli bersama dengan kelab tarian lain, sekali gus dapat memperkenal serta memartabat nama daerah ini kepada bahagian lain di negeri ini,” katanya.

Jelasnya, rombongan itu telah bersedia dengan sepuluh persembahan tarian dengan menggunakan lagu seperti ‘Madinga Zalelah’, ‘Yesterday Once More’, ‘Hula Hoop’, ‘Shake Brother Shake’, ‘Cinta Satu Malam’, ‘Rock & Roll King’, ‘Sha-sha De Ai’, ‘Stand By Me’, ‘The night I met you’ dan ‘Sakitnya Tuh Di sini’.

Ahli-ahli kelab ini rata-rata dianggotai kaum ibu amat bersemangat dalam menjayakan program yang bakal dilaksana.

Tan menyatakan rombongan kelab akan berangkat ke Miri pada 5 Jun (hari ini) menaiki bas dan ada juga menggunakan kereta persendirian dan akan kembali ke Mukah pada 7 Jun.

Beliau juga merakamkan penghargaan kepada pelbagai pihak yang memberi mereka peluang membuat persembahan tarian seperti di majlis perkahwinan di Kingwood Resort Mukah baru-baru ini.

Advertisement