Anda di sini

Menjejak bekas murid sedarjah 1965 SK Pekan Ranau

Advertisement

RANAU: Semua bekas murid darjah enam SK Pekan Ranau, yang pernah menuntut di sekolah itu sekitar tahun 1965, yang dikenali sebagai Government Primary School (GPS) Ranau ketika itu, diminta hadir ke satu program perjumpaan pada 13 Jun ini.

Program yang dikenali sebagai `Menjejak Kasih’ itu akan diadakan di Rumah Rehat Ranau, bermula jam 9 pagi.

Pengerusi jawatankuasa penaja Angat Sapeh berkata, tujuan perjumpaan adalah bagi ‘menjejak kasih’ dan mengemas kini senarai bekas murid sedarjah, seterusnya membincang dan merancang aktiviti yang difikirkan sesuai.

Antara yang sedang difikirkan termasuk mengadakan ulang tahun ke-50 pertemuan semula bekas murid-murid kelas berkenaan.

“Semua yang berkenaan dijemput hadir ke perjumpaan itu, sekali gus memanfaatkan ruang untuk berkenal mesra dan meningkatkan perpaduan serta permuafakatan di kalangan mereka yang sekian lama terpisah,” katanya.

Keterangan lanjut boleh diperolehi dengan menghubungi Angat di nombor 019-8045426, Matnin Rizal (012-8020680), Saidi Jaimin (013-5444009) atau Tan Ann Deong @Kenneth Tan (016-8435022/ 019-8601950).

Advertisement