Anda di sini

Pemandu van sapu didakwa cuba cabul anak sendiri

Advertisement

KOTA KINABALU: Seorang pemandu van sapu didakwa di Mahkamah Majistret di sini kelmarin atas pertuduhan cuba mencabul kehormatan anak perempuannya.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus bagaimanapun menetapkan tarikh pengurusan kes itu pada 3 Jun di Mahkamah Majistret Tuaran.

Tertuduh berusia 45 tahun itu didakwa melakukan kekerasan jenayah dengan niat untuk mencabul kehormatan anak perempuannya pada 6 Mei 2015, jam 3.30 petang di ruang tamu rumah di sebuah kampung di Tuaran.

Dia didakwa cuba mencabul kehormatan anak perempuannya yang berusia 22 tahun dengan memasukkan jari ke dalam kemaluan anaknya dan mencium pipi.

Kedua, dia didakwa sekali lagi melakukan perbuatan itu pada 12 Mei 2015, jam 2 pagi di tempat sama dengan memeluk pinggang dan cuba membuka seluar anak perempuannya.

Atas kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau dengan sebat dan juga boleh dikenakan denda atau kedua-dua hukuman jika sabit kesalahan

Advertisement