Anda di sini

Tiada tolak ansur dengan syarikat keselamatan terlibat kongsi gelap

Advertisement

KUALA LUMPUR: Kera-jaan tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana syarikat pengawal keselamatan yang mempunyai kaitan dengan aktiviti kongsi gelap termasuk menggaji pekerja yang terli-bat dengan kegiatan itu.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tindakan pantas dan tegas akan di-ambil terhadap syarikat berkenaan termasuk mem-batalkan lesen operasi secara serta-merta.

“Kementerian Dalam Neg-eri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil tindakan yang pantas berhubung aktiviti syarikat keselamatan yang menggaji ahli-ahli kongsi gelap khususnya di Selangor, ini memandangkan maklumat risikan PDRM kegiatan ini berlaku di Selangor sahaja,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) pada sesi Dewan Rakyat semalam.

Beliau berkata pada 18 April lepas, 19 individu yang disyaki terlibat dengan kegiatan kongsi gelap di-tangkap, tujuh daripadanya dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan bunuh manakala selebihnya didakwa di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA).

“Rakyat tidak perlu bim-bang dengan keadaan ini, saya beri jaminan penglibatan kongsi gelap (dalam syarikat kawalan keselamatan) adalah pada tahap rendah dan terka-wal,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Noraini berhubung faktor yang menyebabkan syarikat keselamatan menggaji ang-gota kongsi gelap, Ahmad Zahid berkata terdapat dua faktor penyebab iaitu ke-mungkinan syarikat itu dibeli oleh pemilik lain yang ada hubungan dengan kumpulan kongsi gelap dan kemungki-nan lesen syarikat disewakan kepada mereka yang terlibat dengan kegiatan itu.

Beliau berkata setakat ini sebanyak 48 buah syarikat keselamatan telah dibatal-kan lesennya kerana gagal memenuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetap-kan KDN.

Menjawab soalan tambahan Siti Zailah Muhd Yusoff (PAS-Rantau Panjang), Ah-mad Zahid berkata secara rasmi, terdapat 44,174 orang pengawal keselamatan warga asing di negara ini, dan hanya warga Nepal diluluskan untuk digaji sebagai pengawal kes-elamatan.

“Sejumlah 150,000 penga-wal keselamatan pula adalah orang tempatan, kita juga mengehadkan jumlah sya-rikat keselamatan sebanyak 800 syarikat sahaja kerana industri ini cukup terkawal,” katanya.

Siti Zailah ingin tahu sejauh mana pemantauan KDN bagi memastikan pengawal kesela-matan adalah mereka yang be-nar-benar layak dan diambil secara sah. — Bernama

Advertisement