Anda di sini

Perhimpunan GST: Dua dalang utama cetus kekecohan diburu

Advertisement

KUALA LUMPUR: Polis sedang memburu dua lelaki dipercayai dalang utama merancang kekecohan dan vandalisme ketika Perhim-punan Bantah GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) di ibu kota pada 1 Mei lepas.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah berkata, suspek yang disyaki dikenali sebagai Markio berusia 27 tahun dan seorang lagi suspek yang dipanggil sebagai Ocha.

Beliau berkata kedua-dua suspek diminta tampil mem-bantu kes di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana memiliki senjata maut dalam rusuhan dan Seksyen 4 Akta Bahan Kakisan dan Letupan Senjata Berbahaya.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai mak-lumat berkaitan kedua-dua suspek, boleh menghubungi balai bolis berhampiran.

Dalam kejadian pada 1 Mei lepas, terdapat peserta per-himpunan yang merempuh penghadang yang diletakkan pasukan keselamatan di Da-taran Merdeka, selain terdapat peserta yang melemparkan bom asap ke arah pintu kaca sebuah bank di kawasan Mas-jid Jamek. — Bernama

Advertisement