Anda di sini

Nasib kakitangan MAS dapat perhatian Ahli Parlimen

Advertisement

KUALA LUMPUR: Nasib kakitangan Malaysia Air-lines (MAS) yang dilapor akan diberhentikan menda-pat perhatian Ahli Parlimen yang menuntut kepentingan pekerja terbabit diutama-kan dalam menyelesaikan isu itu.

Datuk Johari Abdul Ghani (BN-Titiwangsa) berkata pekerja terlibat perlu diban-tu memandangkan mereka mempunyai keluarga dan komitmen hutang.

“Puasa juga sudah dekat, Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi, jadi bagaimana nasib mereka ini jika tidak dibantu,” katanya ketika membahaskan Rancangan Malaysia Kesebe-las (RMK11) di Dewan Rakyat di sini, semalam.

Justeru, beliau mencadan-gkan agar pihak pengurusan memberikan pampasan se-wajarnya jika terpaksa mem-buang pekerja berkenaan dalam usaha menyelamatkan syarikat penerbangan na-sional itu.

Katanya, ia bagi membolehkan pekerja terlibat menyelesaikan komitmen mereka selain membantu memulakan hidup baru.

Johari turut mencadangkan pekerja-pekerja yang mempunyai komitmen pinjaman seperti MARA dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diberikan pengecualian bayaran sementara mendapat pekerjaan baharu.

“Saya juga mencadangkan agar kakitangan yang terlibat dibenar mengeluarkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan lebih awal bagi memulakan perniagaan atau membayar hutang sedia ada,” katanya.

Media tempatan sebelum ini melaporkan MAS bersedia membuang sekurang-kurangnya satu pertiga daripada pekerjanya sebagai jalan terakhir untuk menyelamatkan syarikat penerbangan itu.

Menyentuh isu sama, Hasbi Habibollah (BN-Limbang) pula memohon kerajaan memberikan tawaran terbaik sebagai jaminan masa depan kepada kakitangan terlibat.

“Kalau nak buat sesuatu pembaikan atau menyelesaikan masalah dalam memajukan ikon kebangsaan ini, diharap kerajaan bagi tawaran terbaik kepada pekerja MAS,” katanya.

Abdullah Sani Abdul Hamid (PKR-Kuala Langat) pula berpendapat pelan pemulihan semula MAS seharusnya bermula daripada pengurangan perbelanjaan di peringkat pengurusan dan bukannya dengan mengurangkan jumlah pekerja.

“Potong elaun-elaun yang memewahkan pihak pengurusan, vendor serta food and beverage perlu dilihat semula,” katanya. — Bernama

Advertisement