Anda di sini

Polis tahan 19 rakyat asing tidak miliki dokumen sah

Advertisement

KENINGAU: Polis menahan seramai 19 rakyat asing dalam operasi pendatang asing tanpa izin (PATI) yang dijalankan di dua lokasi, iaitu tapak perumahan Taman MDK dan Kampung Biah di sini pada Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Deputi Superintenden Douglas Nyeging Taong berkata, operasi yang dijalankan bermula jam 4 hingga 10 pagi itu diketuai oleh empat pegawai, 17 anggota pelbagai cawangan dan tiga sukarelawan polis.

“Hasil daripada operasi itu, seramai 15 lelaki dan 17 perempuan telah ditangkap di tapak perumahan Taman MDK dan empat lelaki dan dua perempuan di Kampung Biah di sini,” katanya.

Beliau berkata, seramai 19 orang yang ditangkap di tapak perumahan itu terdiri tiga lelaki dewasa, tiga kanak-kanak lelaki, 11 wanita dewasa dan dua kanak-kanak perempuan. Mereka ditahan selepas dokumentasi kerana tidak memiliki dokumen yang sah.

Katanya, semua mereka ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen dan dihantar ke Pusat Tahanan Sementera untuk tindakan lanjut.

 

Advertisement