Anda di sini

Dipenjara sembilan tahun kerana cabul kanak-kanak berusia 7 tahun

Advertisement

LAHAD DATU: Mahkamah Sesyen di sini kelmarin menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun terhadap seorang lelaki kerana didapati bersalah mencabul kehormatan seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun.

Hakim Steve Ritikos menjatuhkan hukuman itu ke atas Sali Alan, 61, yang mengaku melakukan kesalahan itu di satu kawasan bakau di tepi Sungai Segangan, Kampung Segangan Dua di sini pada 15 April 2015.

Mangsa yang ditinggalkan ibu bapanya selama tiga hari di rumah tertuduh untuk dijaga sementara mereka pergi bekerja telah dicabul tertuduh semasa mereka pergi memancing.

Tertuduh yang meminta mangsa untuk menemaninya pergi memancing telah mendukung mangsa di satu kawasan pokok bakau yang terlindung daripada penglihatan orang awam dan mencabulnya dengan memasukkan jari ke kemaluan mangsa sehingga menyebabkan kecederaan.

Laporan doktor pakar yang memeriksa mangsa telah mengesahkan punca kecederaan pada kemaluan mangsa disebabkan perbuatan tertuduh.

Tertuduh ditangkap polis di kediamannya pada 15 April 2015.

Untuk itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Mahkamah memerintahkan hukuman terhadap tertuduh berkuat kuasa dari tarikh ditangkap.

Advertisement