Anda di sini

Tanggungjawab dalam Islam sebab PAS masih ‘marah’ dengan DAP: Hadi

Advertisement

KUALA LUMPUR: Tanggungjawab dalam perkara berkaitan agama Islam me-rupakan sebab PAS masih ‘marah’ dengan DAP, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam.

Beliau berkata jika parti itu tidak mempertahankan agama Islam, maka tiada kemanisan iman pada anggota dan pemimpin parti itu.

“Bila kita nak mengemuka-kan usul yang berkait dengan undang-undang jenayah syariah (hudud) di Kelantan, yang berkait dengan orang Islam sahaja, tidak ada kena-mengena (dengan) orang bukan Islam.

“Kita sudah mengadakan pertemuan bersama dengan DAP dan (DAP) bersetuju Kelantan ada hak untuk mengemukakannya, DAP hak dia tak bersetuju.

“Namun demikian, dia terus membuat kenyataan menghentam Kelantan…ini hak Kelantan, kita dah bersetuju,” kata Abdul Hadi ketika menjawab pertanyaan seorang hadirin pada program ‘Bicara Harakah’ di sini.

Beliau ditanya mengapa PAS masih marah dengan DAP yang merupakan rakan dalam Pakatan Pembangkang.

Menyentuh perkembangan dalam PAS, Abdul Hadi berkata PAS tidak memerlukan golongan opportunis yang mengambil kesempatan terhadap perbezaan pendapat dalam kalangan pimpinan parti itu.

“Kita menangani masalah berdasarkan konsep bahawa perkara dasar seperti PAS nak lari daripada Islam, menjadi sekular, kita tidak berganjak.

“Tetapi perkara-perkara cabang, kita akan bermesyurat, kita terima keputusan mesyuarat dan kita tidak berpecah.

“Kalau ada yang tidak terima keputusan itu, ke-luarlah ia dari PAS,” katanya. — Bernama

 

 

Advertisement