Anda di sini

Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kebakaran

Advertisement

KUALA PILAH: Seorang kanak-kanak lelaki 10 tahun ditemui rentung selepas terperangkap di dalam rumahnya yang musnah dijilat api di pekan Air Mawang, Tampin dekat sini semalam, kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tampin, Pegawai Bomba Kanan 1 Lias Amat.

Beliau berkata dalam kejadian jam 10.13 pagi, mayat mangsa Mohd Daniel Hakim Mohd Ismail ditemui di bilik tengah rumah itu setengah jam selepas api dipadam.

“Ketika kebakaran, difahamkan mangsa yang tidak ke sekolah berseorangan di rumah kerana cuti sakit manakala iba bapanya tiada di rumah.

“Setengah jam selepas api dipadam, kami dimaklumkan oleh ibu mangsa bahawa mangsa terperangkap di dalam rumah setelah me-nyedari mangsa tiada di luar rumah ketika kejadian,” kata-nya di sini semalam.

Beliau berkata enam anggota bomba tiba di tempat kejadian 15 minit selepas menerima panggilan dan dapat memadamkan api lima minit kemudian.

Punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan, katanya. — Bernama

 

Advertisement