Anda di sini

11 orang hilang tempat tinggal akibat kebakaran

Advertisement

PAPAR: Seramai 11 orang daripada dua keluarga kehilangan tempat tinggal selepas rumah yang didiami terbabit dalam kebakaran di Kampung Surapit, di sini kelmarin.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Mohammad Affendy K Ramin sewaktu dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Beliau berkata, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian berlaku jam 2.25 petang itu.

“Siasatan awal mendapati punca kebakaran adalah daripada salah sebuah rumah seterusnya merebak ke rumah sebelah yang dibina secara berdekatan.

“Dua jentera bersama sembilan anggota Balai Bomba Papar digegaskan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 2.30 petang,” katanya.

Beliau berkata, kebakaran terbabit berjaya dikawal pada jam 3 petang dan mengakihiri operasi keseluruhan tidak lama kemudian.

Advertisement