Anda di sini

Polis berkas lima GRO Filipina dalam Ops Noda

Advertisement

LABUAN: Lima warga Filipina yang bekerja sebagai pegawai perhubungan pelanggan (GRO) diberkas polis di sebuah kelab malam di Jalan Bunga Seroja di bandar ini pada malam hari Jumaat.

Warga asing itu berusia antara 21 dan 33 tahun, tidak mempunyai permit kerja sah, tetapi menyalahgunakan pas pelawat mereka.

Ketua Polis Labuan Supt Adzhar Othman berkata mereka diberkas bersama penjaga, penyelia dan pengurus premis itu dalam Ops Noda pada kira-kira jam 11.30 malam.

Mereka akan didakwa di Seksyen 39 (b) Akta Imigresen 1959/63.

Penjaga premis tersebut akan didakwa di bawah Seksyen 55b akta yang sama kerana melindungi pendatang haram.

“Kesemua mereka telah dibawa ke ibu pejabat polis daerah untuk tindakan selanjutnya,” katanya. — Bernama

Advertisement