Anda di sini

Najib tiba di Sabah untuk lawatan kerja sehari

Advertisement

KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini semalam bagi melakukan lawatan kerja sehari di Sabah.

Pesawat khas yang membawa Najib yang diiringi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada jam 10.13 pagi.

Ketibaan perdana menteri dan isteri disambut Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, tiga Timbalan Ketua Menteri iaitu Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Datuk Seri Yahya Hussin dan Datuk Raymond Tan Shu Kiah, anggota Kabinet negeri, ketua jabatan kerajaan Persekutuan dan negeri serta pemimpin masyarakat.

Najib dijadual menyempurnakan majlis pecah tanah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Pirasan di Kota Belud pada jam 11.30 pagi.

Selepas majlis tersebut, beliau akan ke Tawau untuk menghadiri Perhimpunan Solidariti Rakyat Sabah bersama Perdana Menteri di Padang Perbandaran Tawau.

Perdana Menteri turut dijadual menghadiri perjumpaan khas bersama para pemimpin negeri, sebelum berangkat pulang ke ibu negara malam tadi. — Bernama

Advertisement