Anda di sini

Dua rakan ke tali gantung kerana edar dadah

Advertisement

ALOR SETAR: Dua rakan dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam atas kesalahan mengedar dadah, tiga tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab menjatuhi hukuman itu terhadap K. Siva, 32, dan S. Satish, 22, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah di akhir kes.

Siva, seorang mekanik dan Satish, pekerja pendawaian, didakwa mengedar dadah berbahaya seberat 196.4 gram (iaitu 156.1 gram heroin dan 40.3 gram Monoacethylmorphines) pada 19 Julai 2012 di hadapan lorong Bangunan HPA, Jalan Cempaka 1, Bandar Aman Jaya, Sungai Petani lebih kurang jam 7 malam.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum menurut Seksyen 39B (2) akta sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan. — Bernama

Advertisement