Anda di sini

Kilang perabot musnah dalam kebakaran

Advertisement

RANAP: Keadaan rumah kini tinggal abu dan rangka selepas kebakaran itu.

SIBU: Sebuah kilang perabot terletak di Jalan Maling dekat sini musnah dalam kebakaran berlaku malam kelmarin.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 4 Sibu, Abdul Mutalib Rashid ketika dihubungi memberitahu  pihaknya telah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian terbabit pada jam 8.04 malam.

Katanya, pasukan JBPM dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pusat Sibu diketuai oleh PBK II,Abang Kamalludin dengan kekuatan lima anggota bersama sebuah kenderaan Fire Rescue Tender (FRT) telah dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.

“Jentera pemadam api pertama tiba di lokasi kejadian terletak empat kilometer dari pusat balai pada jam 8.16 malam,” katanya.

Bantuan sokongan kedua diketuai PBK II Henry Ho bersama lima anggota dan pasukan ketiga pula bersama dua anggota dan jentera EMRS, Utiliti Landcruiser serta pasukan Unit RIM bergegas ke lokasi kejadian menjalankan operasi memadam serta mengawal kebakaran.

Ketua BBP Sibu, TPgB Abdul Mutalif Jaafar selaku operasi Komander Operasi Kanan turut berada di lokasi kebakaran.

“Operasi memadamkan api berjalan lancar sehingga keadaan api terkawal pada 8.50 malam,” katanya.

Menurutnya, kebakaran melibatkan sebuah bangunan kilang berukuran 40×40 kaki persegi dan terbakar 80 peratus.

Punca sebenar kejadian dan jumlah kerugian belum dapat dikenal pasti dan sedang dalam siasatan.

Advertisement