Anda di sini

Hilda Melissa, Abdul Hafiz dinobat Ratu ‘Teluwaih Jinih’, ‘Jemalai Gap’

Advertisement

RATU: Hilda (duduk) dinobatkan sebagai Ratu ‘Teluwaih Jinih’ 2015 sambil ditemani oleh naib johan dan tempat ketiga.

MUKAH: Hilda Melissa Setia muncul sebagai Ratu ‘Teluwaih Jinih’ dan Abdul Alif Hafiz Abdul Rani dinobatkan sebagai ‘Jemelai Gap’ sempena sambutan Pesta Kaul Mukah 2015 yang berlangsung di Pentas Utama, Pesta Kaul, Pantai Kala Dana, di sini, malam kelmarin.

Hilda, 24, pelajar sebuah kolej di Kuala Lumpur berasal dari Dalat berjaya mengalahkan 11 peserta lain yang turut menyertai Teluwaih Jinih 2015 sambil berjaya menerima habuan wang tunai RM2000, Selempang, Jambangan Bunga, Gaun Malam Tajaan Rozie Khan Couture Kuala Lumpur dan Mahkota yang diserahkan oleh Ratu Teluwaih Jinih 2014, Quyyn Arysia.

Naib johan dimenangi Aida Suyong membawa pulang wang tunai berjumlah RM1500 berserta mahkota, selempang dan jambangan bunga.

Tempat ketiga disandang Siti Hajar Morni menerima RM1000, mahkota dan selempang.

Sementara Abdul Alif, 26, dari Mukah menerima wang tunai berjumlah RM2000, Buleang Songket Merah Bermahkota, selempang, jambangan bunga, sepasang baju kancing tujuh tajaan Latip’s Collections selepas berjaya menewaskan 11 peserta lain.

Manakala, naib johan disandang Muhamad Asral Abu Bakar menerima wang tunai RM1500, Buleang Songket Merah Bermahkota, selempang, wang tunai dan jambangan bunga serta turut dinobatkan sebagai pemenang ‘Jemelai Tagep’.

Ketiga dimenangi oleh Mohd Firdaus Morshidi menerima wang tunai RM1000, Buleang Songket Merah Bermahkota, selempang dan jambangan bunga.

Bagi kategori Teluwaih dan Jemelai Favorites dianugerah kepada peserta adik-beradik iaitu Siti Hajar Morni dan Abdul Rahman Morni selepas mendapat undian terbanyak menerusi ‘Like’ di laman Facebook Dalat Photography Club.

Selain itu, bagi kategori Teluwaih dan Jemelai Persahabatan dimenangi oleh Aida Suyong dan Abdul Rahman Mohamad Shah.

Sementara, Miss Fotogenik dianugerah kepada Elfidia Remmy berasal dari Kampung Tellian Daya menerima sebuah bingkai bergambar peribadi, sijil dan selempang, manakala Mr. Fotogenik dimenangi oleh Nizam Putit dari Kampung Sungai Pegei turut menerima bingkai bergambar peribadi, sijil dan selempang.

Sebelum pengumuman pemenang, seramai lima peserta terbaik dipilih oleh hakim pertandingan untuk merebut gelaran Teluwaih Jinih antaranya ialah Hilda Melissa Setia, Aida Suyong, Siti Hajar Morni, Shahira Mohd Fairuz dan Nurfazarah Karim serta lima peserta terbaik bagi Jemelai Gap, Abdul Alif Hafiz Abdul Rani, Muhamad Asral Abu Bakar, Mohd Firdaus Morshidi, Abdul Rahman Mohamad Shah dan Shahrul Yakat.

Seramai 24 peserta iaitu 12 orang peserta Teluwaih Jinih manakala 12 peserta Jemelai Gap yang bujang berketurunan Melanau atau Melanau campuran menyertai pertandingan tersebut.

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Wali Kota Majlis Daerah Dalat dan Mukah (MDDM) Yakub Arbi, Ahli Parlimen Belia Malaysia (APBM) Negeri Sarawak Royston Valentine.

 

 

Advertisement