KUALA LUMPUR: Pe-ngerusi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) Laksamana (B) Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Negara di sini, semalam.
Mohd Anwar, 65, yang juga bekas Panglima ATM, dilantik sebagai senator untuk kali pertama, bagi tempoh tiga tahun.
Upacara angkat sumpah itu dilakukan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.
Sementara itu, Abu Zahar mengucapkan tahniah kepada Mohd Anwar atas pelantikannya itu yang menjadi kebanggaan serta penghormatan kepada seluruh pasukan ATM.
“Saya berharap semoga perangai dan perwatakan serta keperibadian tinggi, beradab dan bersopan santun terus dikekalkan dan menjadi contoh dan teladan kepada ahli-ahli Parlimen,” katanya.
Abu Zahar meminta agar semua anggota dewan memahami segala peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Negara dan Peraturan-peraturan Mesyuarat.
“Sekarang ini saya berasa risau kerana terdapat sege-lintir bilangan Ahli Yang Berhormat yang tidak menghormati kemuliaan Dewan Parlimen dan melanggar Peraturan Mesyuarat serta Perlembagaan Negara,” kata-nya. — Bernama