Anda di sini

Bengkel asas teknik tunggangan, perlumbaan motocross pada 25-26 April ini

Advertisement

KUCHING: Kelab Motocross Sarawak dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Sosial akan mengadakan Bengkel Asas Teknik Tunggangan dan Asas Perlumbaan Motocross pada 25 dan 26 April ini.

Program julung kali itu turut dibantu oleh Pejabat Residen dan Daerah Kota Samarahan, Polis Diraja Malaysia Kota Samarahan, Majlis Daerah Kota Samarahan dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Kota Samarahan.

Menurut Presiden Kelab Motocross Sarawak, William Sinos bengkel itu merupakan sebahagian daripada program anjuran persatuan untuk para pelumba selain aktiviti perlumbaan di atas litar.

Malah, katanya, beberapa pelumba motocross tempatan telahpun menyertai perlumbaan bertaraf Asia di Kuala- Terengganu pada 2011 dan 2014 dalam Kejohanan FIM Asian Motocross.

Pada masa sama, beliau turut berterima kasih atas usaha kementerian dan Persatuan Sukan Lumba Automotif Sarawak (SARSA) yang telah memberi bimbingan dan sokongan selama ini sehingga ke tahap yang lebih berprestij.

“Fokus dan tujuan bengkel ini adalah untuk mencungkil serta memperbaiki bakat baru penunggang motocross.

“Bengkel ini dijuga diharap dapat memberi kesedaran bahawa perlumbaan adalah sesuatu cabaran, kelajuan serta kemengangan yang mengutamakan keselamatan, disiplin dan kepuasan serta keakraban di kalangan pelumba.,” ujarnya menerusi kenyataan semalam.

Sementara itu, bengkel ini juga akan memberi kesedaran situasi sebenar hari perlumbaan serta persiapan dan teknik seseorang pelumba untuk lebih berwaspada pada mana-mana perlumbaan sama ada di peringkat antarabangsa, kebangsaan mahupun peringkat kelab.

Hari pertama bengkel akan diadakan teori teknik asas tunggangan motocross dan diikuti dengan sesi pratikal bagi menguji kebolehan setiap peserta pada hari kedua di Litar Motocross Kota Samarahan.

Bengkel adalah terhad kepada 30 orang peserta dan mereka yang berminat serta mempunyai sebarang pertanyaan sila hubungi William menerusi talian 012- 8920199 atau Joe Frazer (019- 8875163).

Advertisement