Anda di sini

7 atlet taekwondo Bintulu galas cabaran negeri di Osaka

Advertisement

BINTULU: Tujuh atlet taekwondo Bintulu akan menggalas cabaran mewakili negeri dalam Kejohanan Taekwondo Terbuka dari 25 hingga 28 April ini di Osaka, Jepun.

Mereka merupakan atlet yang bernaung di bawah Program Pusat Cemerlang Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) dan Persatuan Taekwondo Negeri Sarawak (PTNS).

Jurulatih mereka ialah Katini Medik dan ketua pasukan merangkap pengadil Poomsae, Pui Jak Joon.

Mereka ialah Steffano Aton Stephen (SMK Kidurong), Scott Samuel Divers (SMK Bandar), Dayang Syamimi Sakinah Awang Daud (SMK Baru), Dayang Syaza Khadar Awang Daud (SMK Baru), Dayang Syakirah Khadra Awang Daud (SJK Chuang Hua), Dayang Natasya Awang Bulhasani (SJK Chung Hua) dan Austin Jason Pui (SJK Chuang Hua 2).

Naib Presiden PTNS merangkap pengerusi Kelab Taekwondo Smart Bintulu Raja Zahari Raja Yusof berkata, pihaknya berharap atletatlet taekwondo Bintulu dapat mengangkat nama negara melalui kejohanan itu sekali gus berupaya meraih pingat emas.

“Ini merupakan usaha untuk memajukan sukan taekwondo di negeri ini,” ujarnya di sini semalam.

Justeru, katana, pihak persatuan amat berterima kasih atas sokongan Pejabat Pendidikan Daerah Bintulu, pengetua, guru besar, guruguru penasihat sukan taekwondo dan ibu bapa yang membantu memajukan sukan itu di peringkat sekolah sehingga mampu mencapai ke tahap antarabangsa.

Advertisement