Anda di sini

K-League: KKR Axis gah di singgahsana

Advertisement

KUCHING: Kempen KLeague iM 2015 yang sedang berlangsung rancak terus menyaksikan beberapa kejutan dilakar 12 pasukan yang bersaing bagi merebut kejuaraan.

Selepas tiga minggu berentap, skuad serba lengkap KKR Axis masih gah di puncak liga dengan mengumpul sembilan mata hasil dari tiga kemenangan berturut-turut.

Pada Ahad lepas, anak-anak buah Ahmad Zaki Zaidi mengutip tiga lagi mata berharga dengan menewaskan Borneo Island FC 5-1.

Mencabar KKR Axis di tangga kedua, Riaz FC yang kini mengumpul tujuh mata hasil dari dua kemenangan dan sekali seri.

Tambah rancak apabila skuad bimbingan Mohd Noor Mahli itu turut membuka mata pencabar lain dengan rekod kemenangan 12-1 ke atas Marr FC pada Khamis lepas.

Mengekori di tangga ketiga Petra Giant FC juga dengan tujuh mata manakala FC Brooke dengan enam mata berada di kedudukan keempat.

Begitupun, FC Brooke masih berpeluang mencabar pendahulu liga kerana mempunyai satu lagi perlawanan termasuk tiga lagi pasukan, DBKU, JPAM@SJN F.C dan Demak Laut FC (DLFC).

Di kedudukan kelima, KSK Satok selepas mengumpul enam mata hasil dari dua kemenangan dan sekali tewas.

Disusuli DBKU, JPAM dan I.E.M FC yang masingmasing turut mengumpul tiga mata setakat ini.

Manakala tiga pasukan yang masih belum mengumpul sebarang mata iaitu DLFC di tangga ke-10, Borneo Island ke-11 dan Marr FC di kedudukan tercorot.

Saingan akan diteruskan pada petang ini menyaksikan pertemuan di antara Petra Giant FC menentang Borneo Island pada jam 4.15 petang di Padang C.

Manakala pendahulu liga, KKR Axis akan bertemu dengan FC Brooke esok.

Advertisement