Anda di sini

Lori bawa muatan minyak terbalik

Advertisement

HILANG KAWALAN: Sebuah lori membawa muatan minyak terbalik ke bahu jalan selepas terbabas di Jalan Penampang-Tambunan kelmarin.

PENAMPANG: Sebuah lori membawa muatan minyak yang terbalik akibat terbabas mengakibatkan tumpahan minyak di kawasan berhampiran Dewan Moyog Jalan Penampang- Tambunan kelmarin.

Kejadian terbabit dipercayai berpunca daripada pemandu yang gagal mengawal lori berkenaan sebelum terbabas kemudian terbalik.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Mohammad Affendy K Ramin berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 11.56 pagi dan tiba di lokasi jam 12.24 tengah hari.

Menurutnya, tumpahan minyak berkenaan melimpah ke kawasan jalan raya hingga ke bahu jalan.

Justeru katanya, bomba bertindak memantau aliran minyak dan membersihkan kawasan tumpahan.

Beliau berkata, tindakan berkenaan dibuat sementara menunggu pengurusan syarikat lori terbabit tiba di lokasi kejadian.

 

 

Advertisement