Anda di sini

Skuad B Sarawak tumpas lagi

Advertisement

KUCHING: Skuad B Sarawak terus dirundung malang apabila mengalami kekalahan ketujuh dalam saingan Piala Presiden 2015.

Pada aksi penutup pusingan pertama kelmarin, skuad bimbingan Johnny Dominicus kecundang 4- 2 di tangan Johor Darul Ta’azim II pada perlawanan yang berlangsung di Stadium UTM Skudai kelmarin.

Setakat ini, Sarawak hanya mencatat satu kemenangan dan sekali seri untuk mengutip empat mata.

Penolong jurulatih, Safri Amit memberitahu mereka ketinggalan 4-0 pada babak pertama dan berjaya bangkit pada babak kedua serta menjaringkan dua gol.

Dua gol Sarawak dijaringkan oleh Awang Kamaruddin Awang Borhan dan Abdul Rahim Abdul Razak.

“Para pemain telah berusaha keras sepanjang perlawanan, namun ia bukan hari kita,” ujar Safri.

“Apa yang pasti kami akan terus berusaha untuk memperbaiki segala kelemahan selepas ini.”

Advertisement