Anda di sini

SMK Penrissen No. 1, SMK Bako ungguli Hoki MSSM 2015 Zon Kuching

Advertisement

BAU: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Penrissen No.1 dan SMK Bako mengungguli Kejohanan Hoki Majlis Sukan Sekolah Menengah (MSSM) 2015 Zon Kuching bagi kategori wanita.

Kejohanan berlangsung di Padang Sintetik SMK Paku di sini Mac lalu, SMK Penrissen No.1 muncul juara bagi kategori 18 tahun ke bawah menewaskan SMK Bau.

Manakala SMK Bako muncul juara kategori 15 tahun ke bawah apabila mencatat kemenangan tipis ke atas SMK Bau.

Sementara itu, pasukan tuan rumah, SMK Paku sekadar berpuas hati di tempat ketiga mengalahkan SMK Bako bagi kategori 18 tahun ke bawah.

Dalam pada itu, kejohanan selama dua hari itu menyaksikan penyertaan sebanyak 14 buah sekolah dari Zon Kuching.

Lapan pasukan menyertai kategori 15 tahun ke bawah, manakala 14 buah pasukan menyertai kategori 18 tahun ke bawah.

Majlis penangguhan kejohanan itu disempurnakan Pegawai Pelajaran Daerah Bau, Les Met yang turut dihadiri Pengetua SMK Paku Jaminah Alias, Pengetua SMK Bau, Patrick Nojey serta yang lain.

Advertisement