Anda di sini

APMM selamat lima nelayan hanyut lima hari

Advertisement

KEMAMAN: Lima nelayan tempatan diselamatkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pagi kelmarin, selepas bot mereka mengalami kerosakan enjin kira-kira 25 batu nautika dari sini.

Pengarah Operasi Wilayah Timur APMM Laksamana Pertama Maritim Yusof Ali berkata nelayan itu dilaporkan hanyut selama lima hari di perairan zon ekonomi eksklusif Indonesia.

Beliau berkata mangsa yang diselamatkan ialah Leong Bian Seng, 58; Mohd Almi Awang, 46; Kamaruzzaman Awi, 44; Rosli Awi, 35; dan Azmi Abdullah, 38.

“Pihak berkuasa Indonesia membenarkan kami (APMM) untuk memasuki perairan mereka kelmarin dan mereka berada dalam keadaan baik. Mereka juga menerima bantuan daripada sebuah kapal tangki yang dalam perjalanan ke Singapura,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Yusof berkata bot itu berlepas dari Dungun pada 22 Mac dan sepatutnya pulang sehari kemudian. — Bernama

 

 

Advertisement