Anda di sini

Pemandu cedera pokok tumbang hempap Vios

Advertisement

DIBADAI ANGIN KENCANG: Pokok tumbang hempap Vios, pemandu
bernasib baik hanya cedera ringan.

KUCHING: Seorang pemandu kereta bernasib baik kerana hanya mengalami kecederaan ringan selepas keretanya dihempap sebatang pokok di Jalan Laksamana Cheng Ho, di sini semalam.

Menurut jurucakap Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), insiden dilaporkan berlaku sekitar jam 1 petang ekoran angin kencang serta hujan lebat.

Difahamkan, kereta jenis Toyota Vios itu semasa kejadian bergerak ke arah Batu 3, di sini apabila pokok tersebut tiba-tiba tumbang dan menghempap bahagian bumbungnya.

“Pamandu dalam keadaan stabil, manakala kereta remuk di bahagian bumbung dan cermin di bahagian penumpang hadapan dan belakang pecah,” katanya.

Beberapa anggota JPAM telah dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengalihkan pokok tersebut.

MALANG: Anggota JPAM sedang berusaha mengalihkan pokok yang menghempap kereta Vios di Jalan Laksamana Cheng Ho, semalam.

Advertisement