Anda di sini

Klang Kluz muncul juara Boling Liga AWAS

Advertisement

SIBU: Sebanyak 10 pasukan menyertai Boling Liga Angkatan Anak Sarawak (AWAS) 2015 anjuran AWAS Teku di Sibu Super Bowl di sini.

Pasukan terbabit ialah Klang Kluz, Cuak, Pesona, Kastam A, Kastam B, Penjara, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Sontot dan Mancal Ngantingal.

Berlangsung selama 10 minggu bermula dari 17 Januari lalu, liga ini berakhir pada 28 Mac lalu dengan menyaksikan pasukan Klang Kluz muncul juara.

Klang Kluz membawa pulang hadiah wang tunai RM400 berserta piala.

Ini diikuti pasukan Cuak menerima wang tunai RM300 dan piala selaku naib juara.

Pasukan Pesona pula menduduki tempat ketiga serta membawa wang tunai RM200 dan piala, diikuti Kastam A yang menerima RM100 dan piala.

Bagi Kategori Single Master, Kasita Hamdan mendapat tempat pertama serta menerima hadiah wang tunai RM230 dan piala.

Omar Yahya dan Faizan Yahya pula menduduki tempat kedua dan ketiga dan masing- masing menerima wang tunai RM150 dan RM90, berserta piala.

Advertisement