SIBU: Kerajaan Malaysia telah melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada kadar enam peratus berkuat kuasa semalam (1 April).
Lembaga Air Sibu (LAS) menerusi kenyataan media memaklumkan kepada semua pelanggan bahawa air untuk kegunaan domestik adalah sifar GST.
Oleh itu, air yang dikeluarkan di bawah Kod Caj 01 tidak akan dikenakan GST.
Manakala bil air dikeluarkan di bawah kod caj lain dikenakan GST pada kadar enam peratus berkuat kuasa 1 April 2015.
Selain bil air bukan domestik, semua invois/bil dikeluarkan oleh LAS bagi apa-apa perkhidmatan dan barangan dikenakan GST.