Anda di sini

Mayat lelaki warga tua ditemui terapung

Advertisement

SIBU: Mayat seorang lelaki warga tua ditemui terapung di Sungai Tamin, Selangau dekat sini oleh penduduk kampung lewat petang kelmarin. Mangsa dikenali Landa Banyie, 88, berasal dari Rumah Nyawin Sungai Tamin, Batu 36 Jalan Sibu-Bintulu dipercayai masuk ke dalam hutan berdekatan rumah panjangnya jam 5.30 petang pada Isnin lalu.

Mangsa dipercayai masuk ke kawasan hutan berkenaan kerana ingin mencari ayam betina piliharaannya hilang dari reban.

Ahli keluarga bimbang setelah mangsa gagal pulang ke rumah membuat laporan polis keesokan pagi dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan sekitar tengah hari kelmarin.

Polis Selangau dan anggota bomba Balai Bomba Sungai Merah serta dibantu penduduk kampung berusaha mencari mangsa namun tidak menemui mangsa di kawasan hutan terbabit.

Setelah operasi SAR hampir ditamatkan, tiba-tiba beberapa orang penduduk kampung ternampak mayat mangsa terapung di tebing sungai berkenaan jam 7 petang.

Advertisement