Anda di sini

Guru diragut ketika tutup pagar rumah

Advertisement

KUCHING: Golongan guru yang bersiap sedia untuk pergi mengajar pada awal pagi juga tidak terlepas menjadi sasaran peragut.

Insiden dilaporkan berlaku di Jalan Depo di sini apabila mangsa yang baharu keluar dari pekarangan rumahnya untuk ke sekolah didatangi seorang lelaki tidak dikenali sekitar jam 5 pagi.

Menurut sumber, lelaki yang bertopi keledar itu terus memasuki bahagian penumpang hadapan kereta mangsa dan bertindak meragut beg mangsa yang diletakkan di atas kerusi.

Mangsa yang ketika itu sedang menutup pagar rumahnya tidak sempat untuk mengejar suspek yang melarikan diri dari tempat kejadian dengan membonceng sebuah motosikal yang ditunggangi seorang lagi lelaki.

Antara yang terkandung di dalam beg mangsa ialah komputer riba, telefon pintar, wang tunai serta beberapa dokumen peribadi.

Laporan polis berhubung kejadian telah dibuat di balai polis berhampiran dan siasatan polis masih dijalankan.

Advertisement