Anda di sini

AbTeam Corbusier hantar enam pelumba

Advertisement

CABARAN: Barisan pelumba Corbusier (dari kiri) Afiq Harun, Iqbal Fernando, Yudhi Rachmad, Laurel L Adrian, Charles Diking, Fito Prilanji, Zahin Harun dan Zaid Ismail.

KUCHING: Kelab berbasikal elit dari Sarawak, Team Corbusier menghantar enam pelumba mereka bagi menyertai Jelajah Kemahkotaan Johor 2015 bermula kelmarin (31 Mac) dan berakhir 4 April ini.

Pelumba terlibat antaranya Laurel Lauridsen Adrian selaku ketua pasukan, Charles Diking, Afiq Harun dan tiga pelumba professional dari Indonesia Fito Prilanji, Yudhi Rachmad dan Iqbal Fernando.

Jurulatih dari Kuala Lumpur, Shaiful Helmi pula bertindak selaku pengarah sukan.

Perlumbaan itu akan menjadi pengalaman pertama bagi Charles and Afiq yang lahir daripada program pembangunan kelab tersebut.

Charles sebelum ini merupakan atlet olahraga dan beralih angin menyertai perlumbaan basikal.

“Saya berasa sangat teruja dan juga gemuruh kerana ini merupakan perlumbaan terbesar pernah saya sertai,” kata Afiq yang baharu berusia 22 tahun.

Adiknya, Zahin yang juga pelajar Politeknik Kuching sepatutnya berada dalam skuad sama namun terpaksa menarik diri kerana sedang menduduki peperiksaan.

“Saya hanya mahu menyumbang kepada kelab ini dan membantu ketua pasukan. Saya mahu menamatkan perlumbaan peringkat pertama dan berharap dapat meraih ranking tinggi dalam klasifikasi biasa,” katanya.

Peringkat pertama perlumbaan memerlukan peserta menjelajah sejauh 129.6km dari Danga Bay ke Mersing manakala hari kedua dari Kluang ke Muar sejauh 174.5km.

Peringkat ketiga menyaksikan pelumba menempuh perlumbaan sejauh 186.6km dari Muar ke Danga Bay sebelum menamatkan saingan dengan perlumbaan kriterium di Johor Bahru pada hari terakhir.

Advertisement