Anda di sini

2015.10,000 bakal sertai Program FitMalaysia

Advertisement

KUCHING: Lebih 10,000 peserta dijangka turut serta menjayakan program FitMalaysia 2015 yang akan berlangsung di Padang Merdeka pada 12 April ini.

Menteri Muda Sukan, Datuk Lee Kim Shin yakin sasaran itu mampu dicapai meskipun pihaknya masih belum mengetahui jumlah sebenar penyertaan setakat ini.

“Masih ada masa lagi buat peserta yang ingin menyertai program ini dan saya percaya jumlah 10,000 peserta itu mampu dicapai,” katanya pada sidang media di Kompleks Belia dan Sukan (JBS) Negeri Sarawak semalam.

Hadir sama Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Misnu Haji Taha, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Sosial (KPS) Kameri Affandi, Pengarah JBS Negeri Sarawak, Abdul Haris Ishak dan Presiden Persatuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA), Datuk Patrick Liew.

Menurut Lee, pelbagai acara disediakan sepanjang program berkenaan termasuklah Larian FitMalaysia (5km & 10km), Kayuhan Fit Malaysia (10km & 30km), seni mempertahankan diri, kecergasan, sukan lasak, acara untuk kanak-kanak dan sebagainya.

“Penyertaan boleh didaftarkan secara atas talian dengan melayari laman sesawang www.fit.my,” tambah beliau yang turut menyatakan tiada sebarang bayaran dikenakan kepada setiap peserta.

Lee turut menyatakan program bersifat penerapan budaya sihat cergas itu bukannya pertandingan dan semua peserta terlibat akan menerima hadiah selain sijil penyertaan.

Ia menggunakan ‘tagline’ OO..HAA…Ju…Fit..Juu..bagi mengajak masyarakat seluruh negeri ini melibatkan diri dalam aktiviti kecergasan yang membawa manfaat dari aspek kesihatan dan perpaduan.

Advertisement