Anda di sini

Pembangkang biadab pakai serba hitam

Advertisement

IPOH: Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir menyifatkan tindakan semua anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang berpakaian serba hitam pada Istiadat Pembukaan Dewan Unda-ngan Negeri semalam sebagai biadab dan tidak menghormati institusi Diraja.

Zambry turut melahirkan rasa kecewa dengan tindakan ADUN pembangkang yang tidak menghormati Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang pada hari ini mencatat-kan sejarah keberangkatan pertama baginda ke Dewan Undangan Negeri selaku Sultan Perak ke-35 dengan mengenakan pakaian rasmi Sultan.

Menurut beliau, perbezaan yang wujud antara kerajaan dan pembangkang tidak perlu dipanjangkan sehingga ke tahap memalukan Sultan.

“Hari ini (semalam) me-rupakan majlis istiadat pembukaan dewan yang memerlukan mereka) memakai pakaian seperti sebelum ini, tetapi mengapa hari ini (semalam) jadi begini, apa pun alasan yang mereka berikan saya tidak terima sama sekali.

“Pembangkang memakai serba hitam melambangkan kematian, kesedihan, kege-lapan dan berkabung,” kata-nya kepada pemberita selepas istiadat itu semalam.

Zambry berkata tindakan biadab ADUN pembangkang itu juga menyebabkan Sultan Nazrin menitahkan untuk tidak menghadiri sesi bergambar dan majlis santapan.

Ditanya adakah Sultan Nazrin Shah murka dengan tindakan ADUN terbabit, menteri besar berkata: “Saya tidak berhak mengatakan Sultan murka atau tidak tetapi kita tahu tindakan tiada sesi bergambar dan sebagainya, kita boleh baca dan sangat mengejutkan baginda.

“Tuanku amat berharap sesi bergambar diadakan kerana pertama kali baginda dengan penuh bersejarah merasmikan Dewan Unda-ngan Negeri dan dalam titah ucapan, tuanku menyebut hari ini (semalam) adalah pembukaan dewan yang bersejarah bagi baginda selaku seorang Sultan,” katanya.

Beliau berkata kemungkinan ADUN pembangkang itu akan memohon maaf kepada Sultan Nazrin Shah atas keterlanjuran mereka tetapi perbuatan memakai pakaian serba hitam telah memperlihatkan sikap sebenar mereka.

“Rakyat akan lihat watak mereka ini… mungkin dia nak elak daripada isu lain, ini strategi mereka, tetapi janganlah sampai perkara yang tidak sewajarnya dipolitikkan turut dipolitikkan,” katanya.

Sejumlah 26 ADUN pembangkang tiba di pekarangan bangunan Perak Darul Ridzuan pagi semalam, secara berkumpulan dengan ber-pakaian serba hitam.

Terdahulu, pada sidang akhbar berasingan, Ketua Pembangkang Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata tinda-kan mereka memakai pakai-an serba hitam antaranya sebagai tanda protes dan solidariti terhadap Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini menjalani hukuman penjara.

Tindakan protes itu juga sebagai menunjukkan rasa marah atas kenaikan harga barang kini dan penguat-kuasaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) hari ini, katanya. — Bernama

 

 

Advertisement