Anda di sini

Malaysia benam Macau 2-0

Advertisement

SHAH ALAM: Malaysia mengalahkan Macau 2-0 pada perlawanan kedua Kumpulan I, pusingan kelayakan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2016 Bawah 23 Tahun di Stadium Shah Alam di sini petang semalam.

Separuh masa pertama Malaysia mendahului 1-0 hasil jaringan Syahrul Azwari Ibrahim menerusi sepakan penalti pada minit ke-11.

Manakala gol kedua pasukan tuan rumah (Malaysia) diperolehi pada minit ke- 66 menerusi ledakan Wan Ahmad Amir Zafran Wan Nadris.

Malaysia membariskan pemain terdiri Mohd Farhan Abu Bakar, Nazirul Naim Che Hashim (kapten), Mohamad Raphi Azizan Mariappen, Wan Ahmad Amir Zafran Wan Nadris, Annas Rahmat (Shahrul Mohd Saad), D. Kenny Pallraj, Adam Nor Azlin, Mohd Ridzuan Abdunloh Pula, S. Kumaahran (Muhd Nazmi Faiz Mansor), Muhammad Farhan Roslan (Muhamad Faizat Mohamad Ghazli) dan Syahrul Azwari Ibrahim.

Sementara itu, Macau menurunkan pemain seperti Ho Man Fai, Kou Ut Cheong (Lam Wai Cheong), Kam Chi Hou, Chan Man, Lo Kuan Io (Lou Ka Hou), Tang Hou Fai, Ho Ka Seng, Lam Ka Seng, Ho Chi Fong, Raposo De Matos Alexandre (Iong Oi Chit), Pang Chi Hang (kapten).  — Bernama

Advertisement