Anda di sini

TEGAS anjur ‘Roadshow Project Dream Realized’

Advertisement

SIBU: Tabung Ekonomi Gagasan Anak Bumiputera Sarawak (TEGAS) menganjurkan Roadshow Project Dream Realized (Pro-DR Roadshow) di Dewan MUC, Jalan Bandong di sini semalam.

Program bermula jam 9 pagi itu anjuran bersama Unit Pembangunan Tenaga Kerja dan Jabatan Ketua Menteri.

Pegawai Operasi (Promosi) TEGAS, Sabatini Jihob berkata program itu untuk menarik lebih ramai pelajar lepasan SPM dan belia lepasan sekolah memasuki institusi pengajian tinggi dan pusat latihan.

“Lebih 30 institusi pengajian tinggi iaitu kolej, universiti dan institusi kemahiran membuka kaunter pendaftaran mereka di sini termasuk institusi memberi dana untuk melanjutkan pengajian tinggi seperti PTPTN dan Yayasan Peneraju.

“Selain itu, kita juga ingin meningkatkan kesedaraan dan menggalakkan golongan belia Bumiputera di sini memasuki pusat latihan sebagai memenuhi keperluan Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE),” katanya di sini semalam.

Tambahnya, antara pusat latihan terkemuka menawarkaan kursus kemahiran ialah Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (INSTEP) dan German-Malaysian Institute (GMI).

Sementara itu, TEGAS merupakan inisiatif kerajaan Sarawak memperkasa anak-anak Bumiputera dalam bidang pendidikan dan latihan teknikal.

TEGAS dilancarkan oleh Yang di-Pertua Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada 28 Februari 2012.

Peranan TEGAS mempromosikan pendidikan teknikal kalangan anak-anak Bumiputera Sarawak agar dapat ditransformasikan sebagai tenaga kerja mahir untuk memacu pembangunan SCORE.

Advertisement