Anda di sini

Pusat refleksologi dikesan ganggu bacaan meter elektrik

Advertisement

ROSAK: Cip dalam meter elektrik yang telah rosak.

KUCHING: Sebuah premis urut refleksologi di Pusat Komersial Bintang di Miri didapati mengganggu bacaan meter elektrik dengan mengorek lubang kecil dan menyuntik air ke dalamnya bertujuan merosak litar meter.

Sarawak Energy Berhad (SEB) dalam kenyataan akhbarnya semalam berkata, kesalahan itu dikesan pasukan pemeriksaan meter SESCo semasa operasi baru-baru ini di Miri.

Kenyataan itu juga mendedahkan, lubang kecil dikorek di bahagian bawah pelekat pembungkus keselamatan meter bagi mengelak ia diketahui pasukan pemeriksa meter.

Justeru, laporan polis segera dibuat dan meter diganggu dihantar ke makmal pemeriksaan SESCO untuk siasatan lanjut.

Menurut jurucakap SEB, alat sering diguna mengganggu bacaan meter mengguna ‘electrocuting’ merosak litar meningkat dan SESCo akan sedaya upaya membeli meter terkini lebih canggih serta bersifat antigangguan selain memberi maklumat jika terdapat kejadian kecurian tenaga elektrik.

Orang ramai mempunyai maklumat kecurian tenaga elektrik dinasihat tidak bersubahat dan segera melapor terus ke talian bebas tol di 082-443535 atau e-mel ke [email protected].

Segala maklumat pengadu disimpan secara sulit.

 

Advertisement