Anda di sini

Isu GST diputar belit oleh pihak pembangkang

Advertisement

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) diputarbelitkan oleh pihak pembangkang dan golongan yang tidak suka cukai itu.

Katanya mereka yang tidak menyukai GST adalah orang berkepentingan dan ‘mewah’ semasa pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang boleh dimanipulasi untuk mengelak cukai dan mengenakan cukai ber-kenaan kepada pengguna tanpa memulangkannya kepada kerajaan.

“Orang macam inilah yang marah, menabur fitnah dan sakit hati. Bila cukai yang lama yang boleh mereka manipulasi yang mana sistem cukai lama SST yang tinggi 16 peratus, mereka dapat kutip banyak daripada pelanggan tapi bila GST akan dilaksanakan pada 1 April ini dan mereka tidak boleh berbuat apa-apa…tidak boleh kutip, dan kalau kutip pun mereka terpaksa beri balik kepada kerajaan, orang ini yang marah,” kata beliau.

“Orang kampung dan orang biasa, apa ada kena mengena. GST ini samalah takrifnya dengan VAT atau ‘Cukai Nilai Tambah’ se-perti yang dilaksanakan di Hong Kong dan Great Britian. Cukai cuma dikenakan untuk bahan-bahan ‘nilai tambah’…bahan keperluan harian tidak dikenakan cukai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama kakitangan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Negeri Sembilan di sini semalam yang turut dihadiri Ketua Pengarahnya yang baharu Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi. — Bernama

Advertisement