Anda di sini

DAP yang patut keluar pakatan, kata Nik Abduh

Advertisement

KUALA LUMPUR: Susulan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng meminta Presiden PAS keluar daripada pakatan pembangkang jika mahu meneruskan usaha pelaksanaan hudud, Anggota Jawatankuasa PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz pula meminta parti itu meninggalkan pakatan berkenaan.

Nik Mohamad Abduh yang juga anggota Parlimen Pasir Mas berkata adalah lebih mudah jika DAP sen-diri keluar daripada pakatan pembangkang berbanding menggunakan alasan hudud untuk menolak Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Daripada suruh orang keluar, lebih baik DAP keluar sendiri … itu lebih senang,” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini, semalam.

Terdahulu, Lim meminta Abdul Hadi keluar daripada pakatan pembangkang jika anggota Parlimen Marang itu mahu meneruskan hasrat membentangkan rang undang-undang berkaitan pelaksanaan hudud di Dewan Rakyat.

Lim mendakwa Abdul Hadi mengkhianati pakatan pembangkang dengan menge-mukakan notis kepada Dewan Rakyat pada 18 Mac lepas bagi membentangkan Rang Undang-undang Persendirian untuk pelaksanaan hudud di Kelantan.

Anggota Parlimen Bagan itu mendakwa tindakan Abdul Hadi sebagai melanggar janji yang dibuat pemimpin berkenaan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 8 Feb lalu bahawa pembentangan usul tersebut perlulah mendapat persetujuan daripada pakatan pembangkang.

Sementara itu, Ketua Pe-nerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata pendirian DAP bercanggah dengan prinsip bersama dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang diwakili kepimpinan tertinggi parti.

“Macam mana dia tak boleh bekerjasama atau tidak mahu berkomunikasi dengan Presiden PAS sedangkan majlis kepimpinan Pakatan Rakyat diwakili presiden, timbalan presiden, naib presiden, ketua-ketua Pemuda dan sebagainya?” katanya. — Bernama

Advertisement